BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Latest Event

Latest Event
Solar Eclipse of 9 March 2016

Sunday, March 23, 2014

Fenomena Hari Tanpa Bayang

Anda di Kuala Lumpur berpeluang untuk merasai Hari Tanpa Bayang antara 24 Mac dan 15 September ini. Fenomena ini berlaku akibat peredaran Bumi mengelilingi matahari dengan kecondongan satah Bumi pada sudut 23.5 darjah. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan yang berada dalam latitude 23.5 darjah utara dan 23.5 darjah selatan ini akan mengalami fenomena tersebut namun tarikh dan masanya adalah berbeza mengikut kedudukan lokasi yang berkenaan.

Sebagai contoh di Pulau Langkawi, fenomena ini akan berlaku pada 6 April dan 6 September.



Bagi peminat-peminat astronomi, fenomena ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ianya berlaku dua kali pada setiap tahun. Orang ramai akan dapat perhatikan, matahari akan berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari (Zohor) dan ianya akan menyebabkan kita tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri sekiranya kita berdiri di tengah panas di kawasan yang lapang.



0 comments: